Baru-baru ini, pelakon Fiza Halim mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sekeping foto mesranya bersama Saiful Apek.
Kemesraan mereka bukannya aksi tidak senonoh tetapi Fiza dilihat duduk dalam keadaan sangat rapat sambil berlaga bahu dan bersentuhan tangan dengan bekas ahli kumpulan Senario itu.
Pelik juga apabila melihat foto berkenaan dan terdetik dalam hati, adakah suami Fiza tidak beremosi apabila dia bergambar mesra dengan Saiful.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mempersoalkan tindakan Fiza itu kerana dilihat tidak manis memandangkan statusnya sebagai isteri dan wanita Muslim yang bertudung.
Susulan daripada foto tersebut, ramai yang membuat andaian bahawa Fiza sudah kembali solo.
Dakwaan tersebut timbul mungkin kerana tiada lagi foto Fiza dan suami dalam Instagram. Mengundang persoalan pula.
MIZZ LAHAR: Ramai marah dengan penamat cerita Aku Yang Kau Gelar Isteri yang dikatakan tergantung. Rasa-rasanya ada musim kedua ke nanti?