fbpx

Dahului Neelofa, Nabila, Engku Emran nikah esok?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Engku Emran dan Nabila didakwa bakal diijabkabul esok.

PETALING JAYA – Kurang sebulan kisah cinta Noor Nabila dan Engku Emran hangat diperkatakan, terbaharu timbul pula dakwaan mengatakan pasangan itu bakal bernikah esok.

Dakwaan tersebut timbul menerusi sebuah portal gosip hiburan yang mendakwa keseriusan hubungan Nabila dan Emran sudah sampai ke tahap ikatan perkahwinan.

Meskipun khabar angin tersebut bertiup kencang dalam kalangan netizen, masih tiada sebarang pengesahan dibuat oleh Nabila mahupun Emran.

Memetik laporan berita sebuah akhbar, Nabila enggann mengeluarkan sebarang komen berkaitan spekulasi hubungannya dengan bekas suami pelakon Erra Fazira dan selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella itu.

Untuk rekod, Emran juga pernah memberi bayangan hubungan mereka selepas memuat naik sekeping foto dengan memaparkan bahagian radio dalam keretanya yang menampakkan refleksi wajah Nabila di tempat duduk penumpang bahagian depan.

Sekitar dua minggu lalu, nama Nabila dan Emran antara topik hangat yang diperkatakan dalam kalangan netizen dan gosip hubungan mereka juga tersebar hingga ke Indonesia.

Sebelum ini, Nabila dan Emran dikatakan mula rapat selepas sering dilihat melakukan aktiviti berbasikal bersama.

Lebih menguatkan khabar angin tersebut, Emran juga dikatakan sering berkunjung ke kediaman Nabila bagi menyertai sesi usrah bersama ahli keluarga bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI