fbpx

Casagrande perlu lebih ‘tajam’ depan gawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRUCHA terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan dan menyifatkan ia adil buat Penang FC mahupun UiTM FC. - FOTO PENANG FC

KETUA jurulatih Penang FC, Tomas Trucha memuji sema­ngat yang dipamerkan oleh pasukan UiTM FC selepas berjaya menghalang pasukannya daripada meraih kemenangan apabila mencatat keputusan seri tanpa jaringan pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang kelmarin.

Kata Trucha, skuad pelawat yang dikendalikan oleh Frank Bernhardt itu memberi tekanan kepada anak-anak buahnya sehingga mempamerkan aksi di bawah tahap sebenar sekali gus gagal memanfaatkan aksi di ge­langgang sendiri.

“Pada separuh masa pertama, pasukan UiTM beraksi dengan cukup baik tetapi memasuki babak kedua, saya dapat lihat mereka semakin agresif dan saya faham situasi itu kerana mereka begitu inginkan kemenangan.

“Namun, saya tidak katakan mereka mendominasi perlawanan seterusnya kerana barisan pemain kami mendapat beberapa peluang tetapi tidak dimanfaatkan sebaiknya.

“Meskipun keputusan seri ini bukanlah yang saya sukakan, ia adalah keputusan adil buat ke­dua-dua pasukan dan saya mahu semua pemain bekerja keras untuk kembali berada di landasan kemenangan selepas ini,” katanya.

Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Republik Czech itu mahu penyerang import sensasi, Casagrande memperbaiki penyudah menjelang aksi liga sete­rusnya bertemu Selangor FC pada Sabtu nanti.

“Saya sedar Casagrande sudah bekerja keras, cuma memang nasib tidak menyebelahinya untuk menjaringkan gol, tetapi saya percaya dia akan lebih baik selepas ini untuk bantu pasukan,” kata Trucha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI