fbpx

Budak lelaki terima jantung baharu selepas 17 bulan di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan Hospital Regina Margherita di bandar Turin, Itali. - AGENSI

ROM – Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun menerima transplan jantung selepas 17 bulan bergantung hidup kepada jantung palsu di sebuah hospital kanak-kanak di Itali, kata pihak hospital kelmarin.

Pesakit muda itu selamat menjalani pembedahan setelah 525 hari berada di hospital, kata Hospital Regina Margherita di bandar Turin, barat laut Itali dalam satu kenyataan.

“Tempoh rawatan hospital itu mencatat rekod di Itali tetapi berakhir dengan gembira” kata kenyataan itu.
Budak lelaki tersebut dibenarkan pulang beberapa hari lalu.

Berasal dari Maghribi, pesakit itu tiba di Itali pada musim panas 2019 selepas mengalami gejala kegagalan jantung. Bapanya berpindah ke Itali kerana urusan kerja.

Keadaan pesakit berubah menjadi teruk dengan cepat, menyebabkan dia mengalami serangan jantung. Pasukan doktor menggunakan mesin sokongan hayat dan memasukkan jantung palsu untuk mengekalkan hayatnya.

“Masa agak lama diperlukan untuk pembedahan pemindahan jantung kerana organ untuk kanak-kanak sukar diperoleh,” kata seorang jurucakap hospital berkenaan.

Semasa di hospital, budak lelaki itu gemar makan hidangan Itali dan belajar bahasa Itali. Ibu bapa pesakit yang menjaganya sepanjang tempoh tersebut turut mendapat seorang anak lelaki baharu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI