PETALING JAYA – Business Survival Group (BSG) menganggarkan lebih 237,500 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara telah gulung tikar sejak pandemik Covid-19 melanda negara bermula Mac tahun lalu. Presiden Protem BSG, Datuk Abdul Malik Abdullah berkata, keadaan itu disebabkan usahawan PKS terbabit tidak mampu bertahan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan di Malaysia bagi membendung penularan pandemik itu. “Kami mempunyai ahli seramai 950,000 usahawan PKS membabitkan 262 persatuan perniagaan dalam pelbagai bidang perniagaan di seluruh negara.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya