PUTRAJAYA – Sebanyak 1,213 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 328,466 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak enam kes import manakala 1,207 kes lagi melibatkan penularan tempatan.
Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 14,782 kes.
“Terdapat tiga lagi kematian baharu direkodkan menjadikan sebanyak 1,223 kes kematian Covid-19 di negara ini sehingga kini.
“Kes sembuh pula mencatatkan 1,503 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 312,461 kes,” katanya menerusi ciapan Twitter di sini hari ini.
Ujarnya, terdapat 155 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan sebanyak 54 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE