fbpx

1,000 OBB sertai I-Kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Murni (kanan) menyambut sebahagian 34 bekas banduan dari penjara Sungai Udang, Melaka hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Hampir 1,000 bekas tahanan kategori Orang Bebas Berlesen (OBB) telah menyertai program I-Kembali di bawah Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (Pergak) setakat ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad berkata, pihaknya tetap optimis biarpun angka itu masih jauh daripada sasaran awal 10,000 penyertaan bekas banduan menjelang akhir tahun ini.

Menurutnya, pihaknya berdepan sedikit kekangan untuk mencapai sasaran itu kerana proses kelulusan dan kuarantin memakan masa ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Untuk kumpulan OBB hari ini sahaja, kelulusan permohonan mengambil masa dua bulan kerana perlu melalui proses kuarantin selain prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, saya berharap Jabatan Penjara dapat menyegerakan permohonan ini supaya masa dan ruang yang ada dalam tempoh sembilan akan datang dapat dimanfaatkan bagi mencapai sasaran tersebut,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir ke program penerimaan 34 bekas banduan dari Penjara Kluang, Johor dan Penjara Sungai Udang, Melaka di Ghullam Recovery Care Centre (GRCC), Bandar Baru Salak Tinggi dekat sini hari ini.

Jelasnya, Pergak juga telah dapat kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan bakal menerima 150 OBB bagi menyertai program I-Kembali selain kumpulan OBB dari Penjara Tapah, Perak dan Penjara Pokok Sena, Kedah.

“Kami sentiasa berfikiran positif kerana mendapat permintaan tinggi daripada majikan jadi selagi Jabatan Penjara memberikan kepercayaan kepada kami untuk menyalurkan tahanan kategori OBB maka, kami terus salurkan kepada industri,” katanya.

Sementara itu, seorang OBB dikenali sebagai Imran 42, berkata, dia tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan dan berazam menjadi insan lebih baik walaupun sebelum ini sudah lapan kali dimasukkan ke penjara.

“Saya sudah serik dan tidak sanggup menjadi penghuni penjara lagi. Meskipun sedar bukan mudah untuk berubah namun, saya perlu kuatkan semangat untuk diri sendiri dan keluarga,” katanya yang terlibat dalam najis dadah sejak berusia 15 tahun.

Seorang lagi OBB, Mariana, 33, yang juga terlibat dalam kesalahan dadah berkata, dia bersyukur diberi peluang kedua menerusi program I-Kembali kerana ia banyak membantu dirinya menjadi individu lebih baik. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI