fbpx

Vouk Hotel Suites dibuka semula di bawah pengurusan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – The Blanket Hotel Sdn. Bhd. (The Blanket Hotel) membuat langkah berani dalam persekitaran ekonomi dan sektor perhotelan yang suram kini dengan mengambil alih pe­ngurusan Vouk Hotel Suites yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 1 Mac lalu.

Pengarah The Blanket Sdn. Bhd. (The Blanket), Ieja Hindun Salleh berkata, pengambilalihan tersebut dibuat kerana Vouk Hotel Suites masih berpotensi dan memiliki pelanggan setianya da­ripada sektor korporat, awam dan juga individu.

Menurut beliau, syarikat turut mengambil kira faktor loka­sinya yang strategik kerana terletak di tengah bandar bersebelahan sebuah hospital swasta.

“Kami merancang untuk menambah baik perkhidmatan sedia ada dan mengekalkan segala kemudahan yang ada di hotel.

“Kami yakin para pengunjung tidak sabar untuk kembali menginap dan menikmati hi­dangan yang cukup terkenal dalam kalangan peminatnya,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Ieja Hindun, menerusi pengurusan baharu ini, pihak hotel bakal menyediakan kemudahan kolam renang yang terletak di rooftop selain mempunyai gimnasium, rooftop cafe dan pool bar.

“Buat masa ini, kami menawarkan harga promosi penginapan serendah RM95 satu malam berbanding RM220 satu malam sebelum ini bermula 1 hingga 31 Mac ini,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan, pihaknya tidak menyasarkan keuntungan berganda pada tahun pertama pembukaan Vouk Hotel Suites ini ekoran pelbagai keka­ngan akibat pandemik Covid-19.

“Kami mengharapkan keuntungan mencukupi untuk pusi­ngan kos operasi kerana ia sudah memadai di waktu ini ke­rana matlamat syarikat adalah untuk membantu ramai yang kehila­ngan pekerjaan,” katanya.

Jelas beliau, dalam persekitaran ekonomi yang sukar kini, pihaknya menyasarkan keuntu­ngan kira-kira RM10 juta bagi lima hotel di bawah rangkaian pengurusan syarikat.

Ketika ini, The Blanket memiliki The Merlin Hotel (cawangan Pulau Pinang dan Kajang), The Blanket Hotel (Seberang Jaya), Bahang Bay Hotel (Teluk Bahang) dan Vouk Hotel Suites (Jalan Sultan Ahmad Shah).

Jelas Ieja Hindun, tumpuan diberikan untuk memastikan hotel-hotel tersebut terus dikenali dan menjadi destinasi pilihan pengunjung.

“Kami yakin platform media sosial akan membantu me­ningkatkan promosi hotel dalam masa yang singkat ke merata tempat.

“Kami yakin dengan sokongan daripada semua pihak, usaha ini berjaya dan bakal menggalakkan lagi sektor perhotelan pada tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ieja Hindun menjelaskan, pihaknya juga me­rancang untuk mene­roka pasaran perhotelan di rantau ASEAN dalam tempoh dua tahun lagi sebagai usaha mengukuhkan empayar perniagaannya dalam jangka masa panjang.

“Ini adalah tempoh yang sesuai untuk The Blanket me­neroka pasaran di negara jiran kerana menjangkakan prospek ekonomi berkaitan bidang perhotelan akan kembali me­ngukuh.

“Kami juga telah menubuhkan Blanket International Sdn. Bhd. sebagai persiapan untuk tujuan tersebut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI