KUALA PILAH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan berjaya menyelamatkan seekor tapir yang masuk ke dalam perangkap yang dipasang jabatan berkenaan di sebuah ladang di Johol, di sini, hari ini.
Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun, tapir betina dewasa seberat 450 kilogram (kg) itu berada dalam keadaan sihat selepas pemeriksaan ke atasnya dilakukan.
Menurutnya, pihaknya menerima aduan daripada kakitangan ladang tersebut mengenai tapir yang sering berkeliaran di ladang mereka sejak tahun lepas.
“Jadi, perangkap telah dipasang pada 24 November tahun lalu. Operasi tangkapan dan menyelamatkan ini melibatkan kakitangan daripada Jabatan Perhilitan Daerah Gemas.
“Tapir yang berada dalam keadaan sihat ini sudah dilepaskan kembali ke habitat asalnya,” katanya ketika dihubungi, di sini,hari ini.-K!ONLINE
Keadaan tapir betina seberat 450 kg yang masuk ke dalam perangkap yang disediakan Perhilitan di sebuah ladang di Johol, di sini, hari ini.-K!ONLINE