PETALING JAYA – Gara-gara tag suami pada bahagian perut dalam sekeping gambar, netizen membuat andaian bahawa Ayda Jebat, 29, kini berbadan dua.
Andaian tersebut ditulis seorang netizen dalam ruangan komen foto yang dimuat naik Ayda semalam.
Dalam komen berkenaan, individu tersebut mendakwa dia melihat baby bump pada bahagian perut Ayda.
Malah, tindakan pelantun lagu Parah Parah tag nama suaminya pada bahagian perut juga menimbulkan tanda tanya.
“Adik saya @aydajebat, awak hamil? Saya dapat lihat baby bump saiz kecil yang awak tag @nabilmahir. Jika benar, tahniah sayang!,” tulis netizen tersebut.
Sebelum ini, nama Ayda pernah menjadi bualan ramai selepas dia dikatakan sedang hamil anak pertama selepas sebulan mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, sehingga kini, masih tiada sebarang pengesahan dikeluarkan oleh pasangan tersebut berkaitan dakwaan berkenaan.
Nabil menerusi satu kenyataan dalam Instagramnya pada 24 Februari lalu memberitahu dia dan isterinya masih belum bersedia untuk menjawab atau bercakap tentang dakwaan tersebut.
Untuk rekod, Nabil, 33, dan Ayda selamat mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Petaling Jaya. – K! ONLINE