fbpx

Seksi, Monica tetap tolak duit haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MONICA MULLER

PELAKON baharu Monica Muller memang terkenal kerana kerap tampil dengan imej seksi. Justeru tidak hairanlah apabila artis muda itu sering menerima tawaran aneh daripada lelaki hidung belang.

Biarpun gemar berpakaian seksi, Monica menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali menerima pekerjaan tidak halal dan boleh merosakkan imejnya.

Ujar gadis berdarah campuran Jerman itu, dia terjun ke bidang hiburan untuk membanggakan dan membantu orang tuanya.

“Tujuan saya datang dari Bali ke Jakarta kerana mahu mencari pekerjaan halal dan mahu membanggakan orang tua,” ujarnya.

Ujar pelakon sinetron Pengantin Dini itu lagi, dia sedar tentang risiko atas penampilan seksinya.

Namun, selebriti berusia 19 tahun itu meminta supaya netizen tidak menilai buruknya seseorang kerana penampilan luaran.

“Jangan sesekali menilai seseorang dengan melihat caranya berpakaian,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI