fbpx

Saya pun pernah ‘tergelincir’ – Jamal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamal Abdillah

PETALING JAYA – Raja pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah menitipkan pesanan buat penyanyi Nabila Razali yang berdepan momen ‘vokal terkucil’ saat mendendangkan lagu Peluang Kedua pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) Ahad lalu.

Kata Jamal atau nama lengkapnya, Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, semua penyanyi akan cenderung untuk melakukan kesilapan ketika menyanyi terutama apabila berada di pentas besar seperti AJL.

“Melakukan kesilapan ketika menyanyi adalah perkara biasa. Memang tak boleh elak. Rasa gementar itu memang akan ada. Sebagai penyanyi, kita perlu pandai mengawalnya.

“Teruskan berusaha untuk pertandingan-pertandingan akan datang. Saya sendiri pun pernah tergelincir ketika menyanyi. Itu memang perkara normal,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada sidang akhbar pelancaran lagu Neraca bersama penyanyi rap duo, duo, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Dalam pada itu, Jamal yang dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga menerusi lagu Belenggu Rindu dengan Wany Hasrita itu berkata, tidak boleh menafikan kuasa penjurian namun kebarangkalian ada unsur favouritisme tetap ada.

“Dalam mana-mana pertandingan, akan ada unsur favouristime. Bayangkan ada 10 juri profesional, tak boleh salahkan hanya seorang juri kalau keputusan tidak menepati selera.

“Juri pun ada kegemaran mereka sendiri. Ada lagu yang layak mungkin dibantu faktor komersil dan populariti. Tapi saya percaya, semua yang bertanding di AJL35 layak berada di pentas tersebut dan juri telah melakukan tugas dengan baik,” kata Jamal, 61.

Ahad lalu, lagu Gila dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki diumumkan sebagai juara AJL35 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI