fbpx

Pusat pengajian Al-Quran untuk OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru di Pusat Quranis As-Sakinah menggunakan pen digital Al-Quran bagi mengajar anak-anak OKU mengaji Al-Quran di Taman Desa Permai, Juasseh, Kuala Pilah. - Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

KUALA PILAH – Kesukaran untuk mencari sebuah pusat pengajian agama untuk disertai oleh anak bongsunya yang juga orang kelainan upaya (OKU) mendorong sebuah keluarga membuka sebuah pusat pengajian Al-Quran.

Seorang peguam, Suriyati Maamor, 44, berkata, dia dan rakannya, Fisal Johar yang merupakan seorang OKU penglihatan merupakan pengasas membuka Pusat Quranis As-Sakinah sejak dua tahun lalu.

Ia berikutan Suriyati mengalami kesukaran mencari tempat mengaji untuk anaknya, Nur Idznie Haris, 5 yang mengalami masalah kelewatan pembangunan global (GDD), sawan dan autisme sejak lahir.

“Saya juga memberi peluang kepada anak-anak OKU asnaf untuk belajar di sini melalui tajaan dana yang kami terima,” katanya ketika ditemui di Taman Desa Permai, Juasseh dekat sini, semalam.

Menurut Suriyati, seramai 16 pelajar OKU terdiri daripada yang menghidap autisme dan ‘sindrom down’, masalah percakapan dan pembelajaran termasuk enam pelajar OKU asnaf mengikuti kelas pengajian di pusat tersebut.

“Sebelum ini ada pelajar yang datang tidak tahu mengaji atau ada yang sering marah dan menangis, namun kini mereka sudah mampu membaca dan memahami apa yang di ajar,” katanya yang mengenakan bayaran yuran sebanyak RM180 sebulan.

Menurutnya, sebanyak RM10,000 diperlukan pihaknya bagi menampung kos operasi pusat tersebut termasuk pembayaran gaji lapan orang kakitangannya.

Bagi mereka yang mahu menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB, 8603808195 atas nama Pertubuhan Keluarga Anak Istimewa As-Sakinah, atau menghubungi 017-9931494. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI