fbpx

Padah cuba nasib rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang dinaiki lima individu yang cuba merentas negeri dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bera.

BERA – Gara-gara tindakan ‘mencuba nasib’ untuk merentas negeri, lima pekerja kilang kelapa sawit dari Negeri Sembilan ditahan anggota polis dalam satu sekatan jalan raya di daerah ini semalam.

Lelaki berusia 23 hingga 38 tahun itu ditahan pada pukul 3.45 petang di Kilometer 43, Jalan Temerloh-Bahau, di sini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mansor Samsuddin berkata, mereka terdiri daripada seorang warga tempatan dan empat warga asing yang sedang dalam perjalanan dari Gemenceh, Negeri Sembilan ke sebuah kilang sawit di Kertau Maran.

“Ketika mereka tiba di sekatan jalan, polis menahan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu yang dinaiki mereka untuk pemeriksaan.

“Namun, dalam pemeriksaan itu, mereka gagal mengemukakan surat kebenaran rentas negeri, manakala empat warga asing tersebut juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,”katanya di sini, hari ini

Menurutnya kesemua individu terbabit ditahan di bawah Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,Seksyen 55A dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

Katanya, kesemua lelaki yang ditahan itu turut dihantar ke Klinik Kesihatan Triang untuk ujian saringan Covid-19, namun mereka tidak mempunyai sebarang simptom Covid-19.

“Lelaki warga tempatan itu direman empat hari, manakala empat warga Pakistan yang lain direman selama 14 hari bermula hari ini,”ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI