fbpx

Misi Felda berjaya kuasai FGV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dilihat sudah berjaya dalam misinya untuk mencapai 90 peratus penguasaan dalam FGV Hol­dings Bhd. (FGV) bagi menjadikan syarikat perlada­ngan itu sebagai sebuah syarikat persendirian.

Jabatan Komunikasi Strategik Felda dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, Felda dan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd. (KPF) kini menguasai 81 peratus saham FGV, manakala Kerajaan Negeri Pahang memegang lima peratus dan Kerajaan Negeri Sabah serta syarikatnya, Sawit Kinabalu memiliki empat peratus saham.

“Sebagai sebuah anak syarikat, ini akan membolehkan pengurusan ladang perjanjian pajakan tanah (LLA) FGV berserta kilang sawit diintegrasikan dengan ladang Felda yang lain supaya lebih cekap dan berkesan untuk manfaat bersama Felda dan FGV.

“Pengambilalihan FGV oleh Felda adalah satu langkah pen­ting dalam Pelan Pemulihan Felda yang telah diluluskan oleh kerajaan demi manfaat 112,638 peneroka dan dua juta warga besar Felda,” katanya.

Pengerusi Felda, Datuk Seri ­Idris Jusoh berkata, beliau percaya kerjasama Felda dan FGV akan membentuk sinergi yang membawa manfaat kepada ke­dua-dua organisasi.

“Untuk terus mengorak langkah ke hadapan, adalah penting untuk kita memegang prinsip we are one­,” katanya.

Pengurus Besar Felda, Datuk Amiruddin Abdul Satar pula berkata, gandingan antara Felda dan FGV mampu memberi nilai tambah kepada Felda terutama­nya dengan lebih memfokuskan kepada aktiviti hiliran yang kurang diberi perhatian sebelum ini.

“Aktiviti hiliran akan memberi margin keuntungan yang lebih tinggi dan akan mampu me­ngukuhkan kedudukan kewa­ngan FELDA dengan lebih mapan,” katanya.

 

Dalam pada itu, saham FGV melonjak naik sehingga paras tertinggi RM1.67 seunit dalam sesi dagangan semalam.

Saham FGV ditutup pada RM1.57 semalam dengan lebih 58 juta unit saham didagangkan, naik 20.7 peratus berbanding RM1.30 kelmarin.

Sejak penyenaraiannya pada 2012, FGV dianggarkan membayar kepada Felda sejumlah RM2.2 bilion untuk pajakan tetap dan RM519.6 juta atas perkongsian keuntungan, yang dibayar berdasarkan harga pasaran minyak sawit mentah (MSM).

Sementara itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kenaikan saham FGV memperlihatkan ramai beranggapan syarikat perladangan itu masih mampu memberikan nilai yang baik, lebih-lebih lagi de­ngan harga MSM yang kekal tinggi pada masa sekarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI