fbpx

Liga Super: Selangor rantai JDT 1-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bergson Gustavo dikawal oleh dua pemain pertahanan Selangor, Muhamad Safuwan dan Tim Heubach pada perlawanan Liga Super antara JDT melawan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Gergasi Merah berjaya ‘merantai’ Harimau Selatan 1-1 pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Separuh masa pertama yang bermula dengan seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan serangan pantas dan menguji kubu lawan masing-masing.

Pasukan pelawat bagaimanapun berjaya mendapatkan jaringan awal pada minit ke-6 menerusi pemain import mereka, Ifedayo Olusegun yang melakukan penyudah cantik selepas menerima hantaran dari Oliver Buff.

Johor Darul Takzim (JDT) bagaimanapun tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan penyamaan hanya lima minit kemudian apabila Bergsen Da Silva berjaya menewaskan Khairulazhan Mohd. Khalid.

Skuad Harimau Selatan kemudian berpeluang menggandakan jaringan mereka menerusi sepakan penalti pada minit ke-41 namun disia-siakan Gonzalo Cabrera yang tendangannya melepasi gawang.

Separuh masa kedua bersambung dengan permainan pantas dimana kedua-dua pasukan mengasak kubu lawan untuk mendapatkan gol kedua.

Peluang terbaik Harimau Selatan tiba sekali lagi menerusi sepakan penalti namun cubaan Da Silva berjaya diselamatkan Khairulazhan yang dengan tenang menepis keluar tendangan itu.

Khairulazhan bukan sahaja bertindak cemerlang dengan berjaya menyelamatkan sepakan penalti, namun dia turut berjaya menidakkan tidak kurang daripada tiga percubaan berbahaya pasukan tuan rumah.

Keputusan 1-1 itu kekal sehingga pengadil, Hamdan Awang meniup wisel menandakan tamat perlawanan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI