PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan satu mesej tular mengaitkan 56 kes kematian membabitkan suntikan vaksin jenis Sinovac yang dikongsi seorang penguna Twitter.
Menerusi kenyataan dikongsi di laman Facebook hari ini, KKM memaklumkan dakwaan itu tidak benar sama sekali.
“Dakwaan daripada pengguna Twitter itu adalah tidak benar. Hong Kong menafikan perkara tersebut dan memaklumkan kematian itu bukan disebabkan oleh vaksin Sinovac.
“Mohon untuk tidak menyebarkan berita-berita yang tidak tepat kerana ia boleh mengelirukan orang ramai,” katanya.
Ciapan oleh seorang pengguna Twitter itu mendakwa 56 kes kematian dilaporkan setelah menggunakan vaksin Sinovac. – K! ONLINE