SELEPAS menamatkan latihan ketenteraan pada Disember tahun lalu, penyanyi Yoon Ji-sung dilaporkan bersedia untuk memanaskan kembali karier nyanyiannya.
Agensi LM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa penyanyi itu sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk album baharunya.
Album berkenaan dijangka menemui peminat sekitar April depan.
Sejak menamatkan latihan tentera, Ji-sung sudah aktif mengadakan beberapa acara bersama peminatnya.
Antaranya, dia muncul dengan lagu terbaharu berjudul My Tree yang menjadi runut bunyi untuk drama web original terbitan KakaoTV berjudul Still Not 30.
Terdahulu, Ji-sung merupakan anggota kumpulan Wanna One yang pertama menyertai latihan tentera pada Mei 2019. Dia menjalani latihan di Hwacheon County di daerah Gangwon.