fbpx

Diskaun 50 peratus bayar kompaun dalam masa 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Mereka yang dikompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) akan diberi tawaran diskaun 50 peratus mulai hari ini jika dibayar dalam masa seminggu.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan sambil menjelaskan beberapa kekeliruan mengenai isu itu.

“Sesiapa sudah dikenakan kompaun maksimum RM10,000 sejak kadar ini dilaksanakan 25 Februari lalu, mereka boleh dapat potongan mulai hari ini dalam tempoh tujuh hari.

“Sebagai contoh, bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka yang dikenakan kompaun RM1,500, jika dibayar dalam tempoh tujuh hari, hanya perlu bayar RM750,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba bagi memaklumkan pengurangan kompaun untuk pelbagai jenis kesalahan SOP.

Ia berdasarkan Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau dirujuk Akta 342.

Undang-undang itu dipinda baru-baru ini ekoran pewartaan Ordinan Darurat pada 14 Januari lalu sekali gus menyaksikan kadar kompaun maksimum RM1,000 dinaikkan kepada RM10,000.

Bagaimanapun Takiyuddin berkata, mesyuarat kabinet hari ini meluluskan tawaran pengurangan kompaun tersebut yang melibatkan pindaan Seksyen 25 akta itu termasuk tawaran diskaun.

“Jika lebih seminggu hingga 14 hari, pesalah ini menikmati pengurangan cuma 25 peratus dan kalau lebih dua minggu, maka kena bayar kompaun mengikut kadar sepenuhnya,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI