fbpx

Bazar Ramadan tradisi Jalan Hang Tuah dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bazar Ramadan Mega Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Jalan Hang Tuah Mall - Gambar Fail

MELAKA – Selepas terpaksa dibatalkan pembukaannya pada tahun lalu akibat pandemik, bazar Ramadan tradisi rakyat Melaka di Jalan Hang Tuah di sini akan ‘dihidupkan’ semula, bulan depan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Zainal Abu berkata, bazar itu antara lapan bazar Ramadan yang dijangka dibuka selepas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran penganjuran itu, semalam.

Katanya, dijangka sebanyak 100 tapak niaga akan dibuka di bazar Ramadan Jalan Hang Tuah itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan pusat termasuk pengekalan jarak.

“Dalam perbincangan pada minggu lalu, kita telah menetapkan kira-kira lapan lokasi bagi bazar Ramadan termasuklah pembukaan semula tapak di Jalan Hang Tuah.

“Setakat ini, dijangka minimum 100 tapak niaga akan dibuka di setiap bazar tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, dua daripada tapak bazar Ramadan merupakan cadangan baharu yang telah dipersetujui iaitu di parkir Stadium Hang Jebat dan parkir pusat beli-belah Mahkota Parade.

“Pada tahun 2019 sebanyak enam lokasi telah dibuka antaranya di hadapan Melaka Sentral, pusat beli-belah Tesco Melaka dan Jalan Hang Tuah dengan setiapnya mempunyai kira-kira 100 peniaga.

“Pada tahun ini, kita akan membuka dua lagi lokasi baharu yang telah dicadangkan dengan anggaran jumlah tapak niaga hampir sama,” katanya.

Katanya, bagaimana pihaknya tidak terlibat dalam kaedah pembahagian tapak bazar Ramadan dan ia akan uruskan oleh pihak persatuan yang terlibat.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI