fbpx

Yunho nafi elak ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUNHO

PENYANYI Yunho dia disiasat polis selepas masih berada di sebuah restoran di kawasan Gangnam sehingga lewat malam, sekali gus didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Korea Selatan.

Ketika kejadian yang berlaku pada Februari lalu, penyanyi kumpulan TVXQ itu duduk di restoran berkenaan sehingga lewat malam iaitu pukul 12 tengah malam, sedangkan operasi kedai makan hanya dibenarkan setakat pukul 10 malam sahaja.

Selepas kejadian berkenaan tular, Yunho tampil membuat permohonan maaf. Namun tiba-tiba timbul dakwaan lain mengatakan penyanyi itu cuba melarikan diri daripada ditahan ketika kejadian.

Lebih memburukkan keadaan, lokasi Yunho berada pada waktu tersebut dikatakan sebenarnya tempat hiburan orang dewasa yang dijalankan secara haram.

Hanya pelanggan berdaftar dan memiliki kad keahlian dibenarkan masuk ke situ.

“Timbul beberapa laporan tidak benar berkaitan Yunho. Memang Yunho bersalah kerana melanggar SOP tetapi dia tidak melakukan kesalahan lain.

“Dia datang ke sana kerana ingin bertemu dengan rakannya dan laporan mengatakan Yunho minum bersama seorang pekerja wanita di situ sama sekali tidak benar. Malah dia juga tidak pernah cuba lari ketika ditahan pihak polis,” ujar agensi SM Entertainment.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI