fbpx

Tiga penguat kuasa JPJ Pulau Pinang direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ditahan direman empat hari untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah.

GEORGE TOWN – Tiga anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ditahan direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Muhammad Azam Md. Eusoff di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 11.15 pagi.

Terdahulu, ketiga-tiga anggota itu yang berusia lingkungan 30-an hingga 40-an tiba ke mahkamah kira-kira pukul 10.30 pagi dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka disyaki menerima suapan daripada pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas lori milik syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan dijalankan berikutan aduan diterima mengikut Seksyen 17(a) dan 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

SPRM semalam melakukan operasi besar-besaran yang dikenali sebagai Ops Sukat di lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Melaka serta menahan 44 individu termasuk 32 pegawai JPJ kerana terlibat dalam kegiatan rasuah bernilai RM1.64 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI