KEMAMAN – Polis berjaya tiga lelaki dipercayai pengedar dadah yang aktif di Kemaman dalam tiga serbuan berasingan di sekitar daerah ini dalam tempoh kurang lapan jam bermula kelmarin.
Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek berusia antara 35 hingga 44 tahun berkenaan bergerak secara bersendirian untuk mengedar dadah di daerah ini sejak beberapa bulan lalu.
Kesemua serbuan itu juga berjaya merampas dadah jenis syabu dan pil kuda yang dianggarkan bernilai kira-kira RM32,000.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, suspek pertama yang merupakan lelaki berusia 44 tahun berjaya ditahan di kawasan tempat letak kereta sebuah premis di sempadan Kemaman-Kuantan pada pukul 7.40 malam, Ahad lalu.
“Permeriksaan menemui satu paket serbuk atau ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu dan 430 biji pil kuda yang disimpan di dalam dalam keratan tiub penyedut minuman.
“Suspek kedua berusia 38 tahun pula ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Kuang di sini pada pukul 12.15 tengah malam semalam,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini hari ini.
Mohd. Haki berkata, kesemua suspek ditahan reman selama seminggu sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – K! ONLINE