fbpx

Ternakan udang punca pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saliran menjadi cetek akibat sisa buangan kolam ternakan udang di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perikanan menyiasat dengan segera masalah pencemaran di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau yang didakwa berpunca daripada aktiviti ternakan udang.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kadir berkata, pihaknya menerima aduan daripada nelayan di Kuala Sungai Pinang yang merasa bimbang sumber pendapatan mereka merosot akibat pencemaran sungai dan laut yang berlaku di kawasan itu ketika ini.

“Masalah yang berlaku sejak lebih 20 tahun lalu itu berpunca daripada aktiviti ternakan udang yang telah memusnahkan beratus hektar hutan bakau di kawasan tersebut dan aktiviti pembuangan sisa kolam ke dalam saliran, sungai serta laut berhampiran.

“Berikutan itu, tempat hidupan laut membiak telah terancam manakala ikan dan udang yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan-nelayan di kawasan tersebut semakin pupus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohideen jika masalah pencemaran itu tidak berlaku nelayan di situ mampu memperolehi pendapatan mencecah RM200 sehari namun pada masa ini pendapatan mereka hanya tinggal RM30 hingga RM70 sehari.

“Selain mencemarkan sungai dan laut, sisa buangan dari kolam udang ini juga telah menyebabkan saliran di kawasan itu menjadi cetek akibat mendapan bahan tersebut.

“Banyak aduan dibuat oleh nelayan-nelayan yang terlibat kepada pihak berkenaan tetapi tidak ada tindakan berkesan yang diambil,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI