fbpx

Sultan Selangor dukacita berkaitan isu murtad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

PETALING JAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan sikap dan tingkah laku segelintir umat Islam khususnya di Selangor yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata yang boleh menjejaskan aqidah dan keislaman mereka.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter Selangor Royal Office sebentar tadi, baginda menegaskan apa-apa iktikad atau percakapan atau perbualan oleh mana-mana orang Islam yang berhasrat untuk keluar dari agama Islam dikhuatiri boleh membawa kepada tergelincirnya aqidah dan menyebabkan terkeluarnya seseorang itu dari agama Islam.

“Tindakan segelintir umat Islam khususnya di Selangor yang mengugut untuk keluar dari agama Islam apabila berhadapan dengan sesuatu masalah hanya menunjukkan rapuhnya keyakinan mereka terhadap agama Islam dan Allah SWT.

“Umat Islam dinasihatkan agar sentiasa berpegang teguh kepada aqidah Islam dan tidak mudah terpesong dari aqidah Islam sebenar,” titahnya.

Sebelum ini, antara isu murtad yang hangat diperkatakan melibatkan usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang menyatakan hasrat untuk keluar daripada agama Islam.

Video yang berdurasi 1 minit 45 saat itu memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan tindakan orang di sekeliling termasuk dengan apa yang berlaku kepadanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI