fbpx

Priyanka Chopra rasa bahagia dipuji suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRIYANKA CHOPRA dan Nick Jonas.

PELAKON Priyanka Chopra berkongsi rasa gembira kerana dipuji suaminya, Nick Jonas dalam satu temu bual di sebuah stesen radio baru-baru ini.

Menurut Priyanka, suaminya yang juga bekas anggota kumpulan Jonas Brothers memberitahu bahawa isterinya tidak sama seperti wanita lain yang pernah dikenalinya sebelum ini.

Semasa ditemu bual, Priyanka diandaikan mempunyai keajaiban yang tidak dimiliki oleh mana-mana wanita lain di dunia ini.

“Saat dia (suami) memberitahu bahawa saya sangat istimewa di hatinya, saya rasa sungguh bertuah.

“Kami saling mengenali antara satu sama lain dalam waktu yang singkat sebelum memutuskan untuk berkahwin,” ujar Priyanka.

Ujarnya lagi, selepas dua tahun berkahwin, dia berharap hubungannya dengan Jonas diberkati dan masing-masing saling mempercayai antara satu sama lain.

“Saya harap dia juga berfikiran sama dengan saya,” ujar aktres berusia 38 tahun itu lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI