fbpx

Perunding projek syarikat swasta direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
eorang perunding projek syarikat swasta dibawa kr Kompleks Mahkamah Seremban untuk tahanan reman bagi membantu siasatan meminta rasuah berjumlah RM5,000

SEREMBAN – Seorang perunding projek syarikat swasta direman enam hari bagi membantu siasatan kes meminta rasuah berjumlah RM5,000 sebagai dorongan untuk meluluskan tuntutan kerja bagi projek pembangunan Kompleks Sukan Rembau, Negeri Sembilan awal bulan ini.

Perintah reman selama enam hari bermula hari ini hingga 21 Mac depan itu dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Sumber SPRM, suspek lelaki berusia 37 tahun itu ditahan dalam satu operasi khas yang dijalankan di sebuah restoran makanan segera di sekitar Tampin pada pukul 1.08 tengah hari semalam.

Difahamkan, projek pembangunan Kompleks Sukan Rembau tersebut sedang dijalankan oleh syarikat milik anak pengadu.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI