fbpx

Mekanik diberkas hasil dua senapang angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua laras senapang angin buatan sendiri yang dirampas daripada seorang mekanik pada sidang akhbar di IPD Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Tindakan seorang mekanik menghasilkan senapang angin untuk memburu ayam hutan mengundang padah apabila dia ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Mak Lagam di sini pada hari ini.

Suspek yang berusia 58 tahun ditahan bersama dua senapang angin dipercayai buatan sendiri dalam serbuan pada pukul 12.15 tengah malam berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, berdasarkan soal-siasat awal, suspek mengaku menghasilkan senapang berkenaan pada dua minggu lalu.

Beliau berkata, lelaki itu mengaku mempelajari cara membuat senapang patah berkenaan menerusi laman Youtube.

“Serbuan tersebut turut berjaya merampas sebotol cecair dan lima biji guli yang dipercayai digunakan sebagai peluru untuk senapang angin tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini hari ini.

Mohd. Haki berkata, ujian urin terhadap lelaki itu mendapati suspek positif methapitamine selain mempunyai empat rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Dia ditahan reman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI