fbpx

Lif apartmen rosak, paip pula bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua unit lif yang rosak menyukarkan kehidupan harian penghuni sebuah apartmen di Taman Daya, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Penghuni sebuah apartmen di Taman Daya di sini dihantui keresahan apabila kediaman yang dibeli mereka didakwa berdepan pelbagai masalah termasuklah lif rosak dan paip bocor sehingga menjejaskan struktur bangunan itu.

Kediaman yang baru berusia tiga tahun setinggi 35 tingkat itu mempunyai tiga blok yang me­nempatkan sebanyak 1,500 unit rumah.

Seorang penghuni, Asnah Alias mendakwa, penduduk membayar yuran penyelenggaraan sebanyak RM187 sebulan dengan harapan diberi perkhidmatan yang terbaik.

“Setiap blok mempunyai empat atau lima buah lif, namun ketika ini hanya dua yang ber­operasi.

“Situasi ini bukan sahaja menyukarkan kehidupan seharian penghuni, malah merumitkan lagi keadaan jika berlaku sebarang kecemasan,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Asnah memberitahu, selain masalah lif, kebocoran air dipercayai masalah paip daripada si­ling koridor sehingga bertakung di depan pintu rumah turut berlaku.

“Kami juga mendapati, bukan sahaja masalah kebocoran, malah berlaku kerosakan di bahagian lantai sehingga menyebabkan keretakan,” ujarnya.

Seorang lagi penghuni, P. See­tharaman pula mendakwa, sebanyak tujuh kes mangsa terpe­rangkap di dalam lif yang rosak dilaporkan sepanjang tahun ini.

“Setiap kali insiden itu berlaku, mangsa terperangkap lebih kurang 30 minit sebelum dise­lamatkan.

“Kerosakan lif menyebabkan penghuni terpaksa menunggu lama untuk turun dan naik ke kediaman mereka terutama pada waktu puncak,” ujarnya.

Habibah Mohd. Nor pula berkata, penduduk telah penat membuat aduan berhubung perkara berkenaan kepada pihak berwajib, namun masalah masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

“Setiap kali aduan dibuat, kami akan dilayan seperti bola sehingga kami sendiri tidak tahu kepada siapa lagi mahu me­ngadu masalah ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI