fbpx

Faridzuean ‘hero’ Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faridzuean (kiri) tangkas menghalang percubaan Engku Nur Shakir (dua dari kiri) daripada membolosi gawang Kelantan pada aksi Liga Premier di Stadium Sultna Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebentar tadi.

KUALA TERENGGANU – Kelantan kempunan untuk membawa pulang tiga mata apabila diikat tanpa jaringan oleh skuad pelapis, Terengganu FC (TFC) II pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Skuad The Red Warriors bernasib baik dengan ketangkasan penjaga gol, Faridzuean Kamaruddin yang tangkas menafikan serangan bertali-arus tuan rumah sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Begitupun satu mata sudah cukup melonjakkan Kelantan ke tangga ketiga Liga Premier dengan tujuh mata sekali gus menghampiri dua pasukan teratas iaitu Sarawak United dan Negeri Sembilan FC.

Awal permainan memihak TFC II menerusi tandukan pertahanan tengah, Masaki Watanabe namun tersasar ke sebelah tepi pada minit ke-12.

Tiga minit selepas itu Syafik Ismail berjaya memperdaya Faridzuean tetapi tindakan penyudahnya tidak sempurna untuk menemui sasaran.

Kelantan kemudiannya muka memperkemaskan rentak dan dihidangkan peluang pada minit ke-18 menyaksikan sepakan pemain kelahiran Indonesia, Natanael Ringgo mudah dibaca penjaga gol TFC II, Mohd. Suhaimi Husin.

Kedudukan 0-0 kekal sehingga rehat selepas percubaan penyerang TFC II, Engku Nur Shakir Engku Yacob (m-21) dan pemain Kelantan, Christos Intzidis (m-23) diselamatkan penjaga gol lawan.

Babak kedua dimulakan TFC II dengan agresif bermula tandukan terbang Mohd. Ramzi Suffian yang menggegarkan palang, empat minit selepas rehat.

Ketangkasan Faridzuean kian terserlah apabila menafikan rembatan Syafik yang disusuli tindakan susulan Nur Shakir pada minit ke-55.

Memasuki minit ke-68, giliran penyerang TFC II, Izzan Syahmi Mustapa dikecewakan penjaga gol berusia 26 tahun melalui gerakan dalam kotak penalti.

Hasrat Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali menewaskan Faridzuean pada minit ke-83 juga tidak kesampaian sekaligus mengekalkan kedudukan 0-0 sehingga wisel penamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI