fbpx

D’Warees Resipi Kari Kepala Ikan penuhi selera peminat kari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Bermula dengan berniaga di premis tepi jalan sejak tahun 2017, D’ Warees Resipi Kari Kepala Ikan yang popular dalam kalangan peminat makanan itu di Batu Tiga kini telah berpindah ke lokasi baharu di Taman TTDI Jaya, Seksyen U2.

Bertujuan untuk memenuhi kehendak pelanggan yang semakin bertambah, syarikat juga dapat menyediakan persekitaran yang lebih luas dan selesa kepada pelanggan sambil menikmati keenakan menu popularnya.

Pemilik perniagaan, Ahmad Tarmizi Khalid berkata, sebelum ini, gerai yang terletak di hadapan kilang gula di Batu Tiga itu sentiasa terdedah kepada cuaca hujan lebat dan panas terik ketika pelanggan menjamu selera.

“Jadi saya cuba mencari peluang untuk mencari lokasi baharu bagi menambah baik perkhidmatan sedia ada selain menarik le­bih ramai pelanggan berkunjung ke sini.

“Kami mula berpindah pada bulan Oktober lalu dan ketika itu negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Walaupun jualan agak perlahan namun pelanggan setia kami tidak berhenti memberikan sokongan.

“Setiap hari, saya dan isteri, Akmalzulaila Mohamad dapat menjual antara 50 hingga 70 ke­tul kari kepala ikan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Tarmizi memberitahu, restoran yang dibuka seawal pukul 6.30 pagi sehingga pukul 5 petang itu menyajikan beberapa pilihan kepala ikan seperti ikan merah, jenahak, kerapu dan mayong.

Jelas beliau, setiap kepala ikan dijual pada harga antara RM20 sehingga RM65 seketul, bergantung kepada saiz dan berat.

Menu lain yang ditawarkan ialah kari kambing, kari daging masak lemak nangka, asam pedas dan kurma daging

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI