fbpx

Bicara kes rasuah VLN Zahid mulai 24 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDI (kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, hari ini.-Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM- Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) selama 16 hari mulai 24 Mei depan.

Hakim Mohd. Yazid Mustafa memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan yang dipersetujui pihak pendakwaan dan pembelaan.

Tarikh perbicaraan yang ditetapkan bagi kes itu bermula pada Mei iaitu pada 24, 25 dan 27.

Mahkamah turut menetapkan tarikh perbicaraan lanjut pada Jun depan iaitu 1 hingga 3, 14 hingga 18 dan 21 hingga 25.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan ketika ditemui berkata, kira-kira 15 saksi dijangka dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO tidak hadir ke mahkamah dan diwakili peguam Hamidi Mohd. Noh.

Media sebelum ini melaporkan Ahmad Zahid, 68, mengaku tidak bersalah atas 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri melanjutkan kontrak sebuah syarikat sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI