fbpx

Bazar Ramadan dibenarkan mengikut SOP MKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida (kanan) melihat robot menguruskan sisa pada program Pelancaran Aplikasi Robotik dan Kecerdasan Buatan di Pasar Ayam Amanjaya, Ipoh hari ini. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Bazar Ramadan boleh dilaksanakan tahun ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dan kemas serta pemantauan rapi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya akan memperincikan perkara itu bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada mesyuarat akan datang.

“Kita akan teliti SOP lagi sekali untuk lebih kemas dan efisien. Saya kira tidak akan jadi masalah kerana dalam keadaan sekarang aktiviti ekonomi sudah dibenarkan.

“Sebab aktiviti pasar dan pasar malam juga sudah boleh buka, jadi insya-Allah (bazar Ramadan) boleh dilaksanakan,” katanya selepas melancarkan Aplikasi Robotik Kecerdasan Buatan di Pasar Ayam Amanjaya di sini hari ini.

Pada masa ini di Perak, hanya Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) membenarkan pelaksanaan bazar Ramadan dengan mengikut peraturan pasar malam dan pasar pagi yang dikuatkuasakan.

Sekiranya arahan semasa MKN tidak membenarkan bazar Ramadan maka pihak MPTI akan melaksanakan konsep perniagaan atas talian atau pembukaan gerai-gerai sedia ada atau penjaja seperti yang telah dilaksanakan pada tahun lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI