fbpx

Andi Bernadee, sebulan selepas disihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDI ketika muncul pada acara anjuran Fipper di Seri Manjung, Perak baru-baru ini.

PETALING JAYA – Hampir sebulan selepas terkena buatan orang sekitar Februari lalu, penyanyi Andi Bernadee tampil membuat kemunculan terkini menerusi sebuah acara yang berlangsung di AEON Seri Manjung, Perak.

Dalam majlis yang berlangsung pada 13 Mac lalu, Andi tampil ketika pelancaran sebuah butik kasut jenama Fipper dan sempat beramah mesra dengan peminat yang hadir di situ.

Menurut pelantun lagu Penat itu, dia berasa gembira kerana akhirnya berpeluang bertemu dengan peminat selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membantut banyak perkara termasuk acara hiburan.

“Sejak PKP, saya tidak pernah turun padang bertemu peminat. Lama juga rasanya. Alhamdulillah, saya berpeluang bersua muka dengan mereka.

“Ada yang cakap mereka suka melihat saya sebagai pelakon, ada juga yang rindukan nyanyian saya. Tetapi rata-ratanya ramai yang bertanya bila saya nak berlakon lagi,” ujarnya.

Dalam masa terdekat, Andi akan terlibat dengan penggambaran dua buah projek lakonan iaitu sebuah siri pendek untuk siaran Aidilfitri, sementara sebuah lagi merupakan drama episod.

Meskipun dirinya diuji dengan perbuatan ilmu hitam sehingga membuatkan dirinya hilang ingatan dan tidak mengenali orang di sekeliling, namun dia tetap bekerja untuk mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup.

“Dalam keadaan sekarang, semua orang berebut mendapatkan peluang mencari rezeki. Sebagai anak seni, saya perlu berusaha dan bekerja keras mencari rezeki.

“Kerja macam kami tiada gaji bulanan, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tetapi saya tetap berterima kasih kepada semua yang menghulur doa agar diberi kekuatan dan kesihatan yang baik,” katanya lagi.

Pada hujung Januari lalu, penyanyi kelahiran Sabah itu melancarkan single terbaharu berjudul Kais Pagi Kais Petang yang menggambarkan tentang kehidupan orang ramai yang terpaksa bekerja keras setiap hari demi mencari sesuap nasi.

Sementara itu, Andi turut mengulas lanjut tentang penganjuran kempen oleh butik Fipper yang menjalin kerjasama dengan Zoo Negara.

Jumlah jualan untuk setiap pembelian produk Trucker Cap berharga RM9.90 disalurkan sepenuhnya kepada Zoo Negara bagi menampung kos operasi.

“Saya diberi penerangan tentang perbelanjaan untuk memelihara haiwan-haiwan di sini, sangat besar jumlahnya. Jadi marilah kita sama-sama membantu Zoo Negara meneruskan operasi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI