fbpx

Ada ahli UMNO suka dan tak suka – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sidang akhbar di sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan berkenaan perbincangan pihaknya bersama beberapa pemimpin UMNO mengenai kerjasama politik antara dua parti kompenan terbesar itu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, walaupun perbincangan kerjasama tersebut masih pada peringkat awal, namun ada banyak persefahaman dengan prinsip perjuangan kedua-dua buah parti itu.

“Memang saya tidak nafikan mengenai perbincangan kerjasama ini, namun ia masih terlalu awal untuk diperkatakan. Apapun saya boleh katakan perbincangan ini adalah positif.

“Ini (perbincangan kerjasama) adalah satu permula yang baik. Ada ahli parlimen UMNO yang sokong dan ada juga yang tidak suka. Saya harap perbincangan kerjasama ini berterusan,” jelasnya dalam satu sidang akhbar khas di Hotel Eastin dekat sini sebentar tadi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI