fbpx

44 inidividu termasuk 32 pegawai JPJ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pegawai JPJ dan orang awam yang ditahan SPRM melalui operasi Ops Sukat yang dilakukan di lima negeri.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 44 individu terdiri daripada 32 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dipercayai terlibat dalam sindiket melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa muatan lebih serta tidak memenuhi aspek teknikal.

Turut ditahan adalah seorang anggota dan seorang bekas anggota trafik berhubung kes sama manakala 10 suspek lain adalah orang awam.

Menurut sumber, tangkapan tersebut dilakukan sejak semalam menerusi satu operasi besar-besaran yang dikenali sebagai Ops Sukat di lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Melaka.

Katanya, tangkapan di Kedah membabitkan lapan pegawai JPJ, seorang anggota trafik dan seorang bekas anggota trafik polis serta satu orang awam, Pulau Pinang (sembilan JPJ), Perak (lapan JPJ dan empat orang awam), Perlis (satu orang awam) serta Melaka (tujuh JPJ dan empat orang awam).

Difahamkan, pegawai JPJ tersebut melibatkan pelbagai gred termasuk pegawai kanan manakala orang awam pula merupakan proksi.

“Antara modus operandi yang dikesan ialah pegawai-pegawai berkenaan tidak akan mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang telah melakukan kesalahan jalan raya setelah menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi atau proksi secara bulanan.

“Mereka dipercayai menerima kira-kira RM150 hingga RM3,000 sebulan dengan nilai keseluruhan melibatkan kira-kira RM1.64 juta,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI