fbpx

Warga Myanmar lemas ketika menjala ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki warga Myanmar diusung selepas ditemui mati lemas di Sungai Perai, Permatang Pauh hari ini.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perai dekat Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 41 tahun pergi ke sungai berkenaan bersama seorang rakan senegaranya untuk menjala ikan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pekerja kedai perabot itu telah cuba diselamatkan rakannya dengan mengangkat ke daratan, namun mangsa telah tidak sedarkan diri.

“Petugas perubatan yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, mereka pergi menjala ikan di sungai itu sebagai bekalan bekalan makanan.

Shafee berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya di sini untuk proses bedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI