fbpx

Usia separuh abad tidak halang Sophia Latjuba berbikini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sophia masih kelihatan jelita seperti wanita muda. - Instagram

JAKARTA – Model dan selebriti Indonesia, Sophia Latjuba digelar pontianak oleh netizen gara-gara kekal langsing dan awet muda di usia 50 tahun, lapor Suara.com, semalam.

Sophia, yang memuat naik sekeping gambar memakai bikini hitam di atas sebuah kapal layar mencetuskan rasa kagum netizen kerana masih kelihatan seperti anak dara.

Bekas kekasih Ariel NOAH ini juga menulis bahawa kehidupan sebenar baginya bermula di usia 50 tahun.

“Puan, adakah adalah sebenarnya pontianak yang tidak akan menjadi tua?” tulis seorang pengguna media sosial.

Gambar Sophia berbikini di laman Instagram membuatkan netizen kagum dengan rahsia awet muda pelakon ini. – Instagram

“Kenapa Sophia umur 50 tahun kelihatan seperti baru 25 tahun?”,” komen seorang lagi.

Sebelum ini, Sophia pernah mendedahkan rahsia awet mudanya adalah banyak minum air masak, menukar diet menjadi vegetarian dan kerap bersenam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI