fbpx

Timbalan Setiausaha Agong MCA meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Datuk Chai Kim Sen

PETALING JAYA – Timbalan Setiausaha Agong MCA, Datuk Chai Kim Sen dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 4.30 petang tadi dipercayai akibat penyakit kanser yang dialami beliau.

Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Chua Hock Kuan berkata, mendiang Chai yang pernah berkhidmat sebagai Senator selama dua penggal dari tahun 2014 hingga 2020 itu tidak pernah menceritakan berkenaan penyakit yang dialami selama ini.

“Mendiang tidak pernah bercerita mengenai penyakitnya kepada kami, dia sembunyikan. Saya amat terkejut dengan pemergian beliau hari ini.

“Sebelum ini dia ada menaikkan status di Facebook dengan bersenam dan melihat kepada statusnya sebelum ini tidak nampak dia sakit, selepas itu dia agak berdiam,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Tambah Chua, ini merupakan satu kehilangan yang besar buat parti kerana sikap lantangnya dalam perjuangan dan sentiasa menegur rakan-rakan separti selama ini.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersedih dengan pemergian Datuk Chai Kim Sen hari ini.

“Mendiang Datuk Chai seorang yang peramah dan mengutamakan kebajikan masyarakat berbilang kaum. Tidak kira Melayu, Cina, India ataupun mana-mana kaum.

“Beliau sudi mendengar isu dan menghulurkan bantuan. Takziah kepada keluarga mendiang. Semoga tabah menghadapi dugaan ini,” jelasnya di Facebook miliknya sebentar tadi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI