SAN FRANCISCO , California – Pengguna Twitter yang menggunakan perkataan Memphis mendapati mereka tidak dapat mengakses akaun masing-masing untuk seketika pada hujung minggu lalu kerana sejenis pepijat pelik.
Sebilangan pengguna berkongsi tangkap layar menunjukkan mesej daripada Twitter menyatakan akaun mereka disekat kerana melanggar peraturan platform itu selepas mereka menghantar ciapan mengandungi perkataan Memphis.
Twitter mengakui kesilapan tersebut semalam dan menyatakan ia telah dipulihkan.
Laporan mengenai pepijat itu muncul selepas sesetengah peminat bola sepak mendapati hantaran yang menyebut nama pemain kelab Olympique Lyonnais, Memphis Depay disekat.
Kelab bola sepak Perancis itu menyiarkan gambar penyerang dari Belanda itu bersama mesej : “Hey @Twitter — bolehkah kami bercakap tentangnya (Memphis Depay) sekarang?”.