fbpx

Tembak isteri: Dua suspek akan didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek utama dan rakannya yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang wanita dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Johor esok.

JOHOR BAHRU – Dua suspek termasuk suami kepada wanita yang mati ditembak sebelum mayatnya ditanam di sebuah ladang di Felda Papan Timur, Bandar Penawar, Kota Tinggi dekat sini pada 1 Mac lalu akan dituduh esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek utama yang berusia 43 tahun serta rakannya yang berusia 32 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Jika tiada halangan (suspek) akan dituduh di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada 16 Mac (esok),”katanya ringkas.

Terdahulu, suspek yang juga suami kepada wanita berusia 38 tahun dan rakannya direman selama enam hari bermula Jumaat 5 Mac sebelum disambung enam hari lagi sehingga esok (16 Mac).

Mayat kerani sumber manusia sebuah kilang swasta ditemui di dalam tong berwarna biru yang ditanam suaminya berhampiran sebuah ladang di Felda Papan Timur, Bandar Penawar, Kota Tinggi dekat sini 5 Mac lalu.

Rahsia pembunuhan kejam itu terbongkar selepas jiran yang juga rakan baik suspek memberi maklumat kepada polis ketika siasatan berhubung kes orang hilang yang dilaporkan suspek dijalankan.

Ibu kepada dua anak itu mati ditembak kira-kira pukul 2.30 pagi, 1 Mac lalu dengan menggunakan senapang angin pada jarak dekat di rumah kediaman pasangan itu di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi sebelum mayatnya ditanam di kawasan ladang berkenaan.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI