fbpx

Sebulan nelayan tidak pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Jalil dilaporkan hilang sejak 17 Februari lalu.

SEBERANG PERAI – Seorang nelayan dilaporkan tidak pulang-pulang ke rumahnya di Sungai Setar Kecil, Nibong Tebal sini selepas keluar menangkap ikan sejak sebulan lalu.

Jurucakap polis berkata, mangsa dikenali sebagai Abdul Jalil Abu Bakar, 52, dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah sejak 17 Februari lalu oleh kakaknya.

“Kakak mangsa berusia 53 tahun yang membuat laporan polis memaklumkan adik lelakinya yang tidak berkahwin dan tinggal bersama ibu mereka itu tidak pulang dalam tempoh berkenaan.

“Wanita tersebut sebelum itu menerima panggilan telefon dari anaknya yang memaklumkan penemuan bot mangsa oleh nelayan di kawasan muara Tanjung Piandang, Perak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap itu berkata, ahli keluarganya bimbang akan keselamatan mangsa kerana sudah lama tidak pulang.

Menurutnya, polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu untuk menghubungi pihak polis atau Timbalan Ketua Balai Polis Sungai Acheh, Sarjan Abd. Rahman Bakar di talian 04-5934322 atau 017-4819384. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI