fbpx

Rakyat Selangor pula paling ramai dapat vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar jumlah penerima vaksin mengikut negeri.

PETALING JAYA – Rakyat di Selangor menjadi individu paling ramai menerima suntikan vaksin Covid-19 dengan mencatatkan jumlah sebanyak 36,163 orang setakat 14 Mac lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 301,699 individu yang menerima dos pertama vaksin mengikut pembahagian negeri.

“Penduduk di Perak pula menjadi kedua paling ramai dengan jumlah 33,036 orang diikuti Sarawak (31,527), Kuala Lumpur (28,244), Sabah (26,446) dan Pahang (25,325).

“Sementara itu di Johor seramai 22,965 orang manakala Kedah (18,539), Pulau Pinang (16,758), Kelantan (15,411), Terengganu (14,137) dan Negeri Sembilan (12,209),” katanya menerusi ciapan di Twitter tadi.

Katanya, Melaka pula seramai 7,963 orang dan Perlis sebanyak 6,807.

“Jumlah penerima suntikan vaksin di Putrajaya dan Labuan pula masing-masing seramai 3,827 dan 2,342 orang,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI