fbpx

Pengikut Hakekok mula solat, baca al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGIKUT ajaran Hakekok Balakasuta sedang mengerjakan solat berjemaah dibimbing seorang ustaz di Wisma Berkah, Mukim Karang Tanjung. - ISKANDAR NASUTION/INEWS.ID

JAKARTA – Pengikut ajaran sesat Hakekok Balakasuta di Banten, Indonesia sudah  mula mendirikan solat secara jemaah dan membaca al-Quran dengan bimbingan tokoh ulama, Ustaz Ahmad Muhtadi Dimyathi, lapor portal iNews.id, semalam.

Ketua Daerah Pandeglang, Irna Narulita berkata, 15 pengikut Hakekok terdiri daripada tujuh lelaki, lima wanita dan tiga kanak-kanak ditempatkan di Wisma Berkah, Mukim Karang Tanjung untuk program pemulihan.

“Solat dan bacaan ayat suci al-Quran yang dilakukan mereka sudah betul. Alhamdulillah, mereka sudah berhijrah,” katanya.

Ketua Pegawai Undang-Undang Daerah Pandeglang, Suwarno berkata, apabila kumpulan itu menyatakan kesediaan untuk bertaubat, mereka dibawa ke pondok pengajian Ahmad Muhtadi di Cidahu, Jawa Barat Indonesia, Sabtu lalu.

“Pengikut aliran Hakekok ini masih masyarakat kita yang perlu dipulihkan dan dibimbing.

“Mereka mungkin menghadapi masalah dalam kehidupan sehingga mudah dipengaruhi ajaran yang menyimpang daripada landasan Islam,” ujarnya.

Beliau berkata, kumpulan tersebut akan dibimbing seorang ustaz selain akan dipantau oleh mentor terdiri daripada pemimpin agama.

Khamis lalu, polis Indonesia menahan pengikut ajaran sesat terbabit selepas didapati melakukan ritual mandi bogel beramai-ramai di dalam paya di Kampung Karangbolong, Daerah Pandeglang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI