fbpx

Paris Hilton pernah diminta jadi model patung seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARIS HILTON

MENERUSI satu temu bual dalam saluran YouTube Sean Evans, pelakon dan juga sosialit, Paris Hilton mendedahkan bahawa dia pernah ditawar untuk menjadi model patung seks.

Menurut selebriti berusia 40 tahun itu, sebelum ini dia pernah terfikir untuk mengeluarkan barangan khas untuk peminat sebelum diberikan idea supaya menghasilkan patung seks miripnya.

“Tentu sekali saya menolak idea tersebut dan benar-benar terkejut dengan cadangan itu.

“Saya tidak boleh bayangkan jika setiap rumah memiliki patung yang mirip seperti saya dan menjadi teman tidur seseorang,” katanya.

Menerusi temu bual tersebut juga, Hilton berkongsi kebahagiaan apabila dilamar kekasihnya, Carter Reum ketika sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-40 baru-baru ini.

Ketika dilamar, pelakon yang pernah membintangi filem seram House of Wax itu turut dihadiahkan sebentuk cincin berlian yang berharga AS$1.5 juta (RM6.18 juta).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI