fbpx

Orang KL diseru bayar zakat dengan PPZ-MAIWP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Ali Al Habshee

PETALING JAYA- Mana-mana individu yang mencari nafkah dan bekerja di Kuala Lumpur (KL) diseru untuk menunaikan kewajipan berzakat bersama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

Pengerusinya, Datuk Seri Syed Ali Al Habshee berkata, amalan berzakat tidak akan membebankan umat Islam memandangkan hanya 2.5 peratus pendapatan perlu dizakatkqn.

“Jadi, saya merayu kepada semua pekerja termasuk penjawat awam dan swasta untuk membayar zakat menerusi kaedah potongan gaji manakala pihak syarikat juga boleh terus membayarnya kepada PPZ-MAIWP.

“Bayaran zakat boleh ditunaikan secara bulanan menerusi Skim Potongan Zakat Bulanan atau dibuat secara sekali gus bagi mengurangkan rasa terbeban,” katanya tadi.

Katanya, perkhidmatan selama sembilan bulan bersama PPZ-MAIWP merupakan tugas berat dalam memastikan kutipan zakat terus meningkat dan disalurkan kepada asnaf memerlukan.

“Sepanjang tempoh itu, saya menerima pelbagai persoalan mengenai zakat daripada rakan dan pastinya mereka merupakan golongan yang layak serta wajibkan tunaikan zakat.

“Ada juga antara mereka tidak tahu bahawa banyak manfaat akan diperoleh melalui zakat khususnya apabila ditunaikan di PPZ-MAIWP,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI