fbpx

Mayat pertama ditemukan pasukan penyelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa pertama yang ditemukan hari ini selepas dihanyutkan arus Sungai Pahang di Temerloh semalam.

TEMERLOH – Mayat seorang daripada dua mangsa yang hilang dibawa arus ketika mandi di Sungai Pahang berhampiran Kampung Loyang semalam ditemukan hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, mayat mangsa, Mohammad Naufal Farhan Mohd Azrul,8, ditemukan pada pukul 10.33 pagi.

“Mangsa yang berumur lapan tahun dijumpai pasukan penyelam bomba di dalam sungai kira-kira 35 meter dari tempat mangsa jatuh,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) dan operasi mencari seorang lagi mangsa diteruskan.

Semalam dua individu hilang dibawa arus ketika mandi di Sungai Pahang bersama lima ahli keluarganya berhampiran Kampung Loyang di sini.

Dua mangsa yang hilang ialah Mohd Hakim Faqih Norazmi,16, dan Mohammad Naufal Farhan Mohd Azrul,8. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI