fbpx

Mayangsari tidak marah suami curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi, Mayangsari menganggap perbuatan curang adalah normal dan membuktikan suaminya manusia biasa.- Google

JAKARTA – Penyanyi Indonesia, Mayangsari memberitahu bahawa dia tidak marah suaminya, Bambang Trihatmojo curang dengan syarat lelaki itu  perlu bertanggungjawab atas perbuatannya, lapor Suara.com, kelmarin.

Menurut Mayangsari, apabila timbul masalah dalam hubungan rumah tangga, dia lebih suka melihat kelemahan sendiri berbanding terus menyalahkan pasangan 100 peratus.

“Kalau saya hanya lihat sisi negatif sahaja, saya tidak akan pernah menjadi matang dan dewasa.

“Saya juga pernah dicurangi tetapi itu perkara biasa kerana jika pasangan kita tidak pernah curang makna kita berpasangan dengan nabi yang tidak pernah berbuat salah,” katanya dalam temu bual di saluran YouTube Thomas Djorgi.

Tambah pelantun lagu Tiada Lagi itu, dia akan memaafkan suaminya setakat hatinya masih mampu menerima alasan curang yang diberikan.

Meskipun pendapatnya tidak dipersetujui peminat, Mayangsari berkata dia tidak kisah dan selesa hidup mengikut prinsip itu.

“Saya hormati pendapat anda semua tetapi saya juga ada pendirian sendiri, terima kasih, “ jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN