fbpx

Malaysia kekal pendirian terima vaksin AstraZeneca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kerajaan buat masa ini masih kekal dengan pendirian untuk menerima dan membeli vaksin jenis AstraZeneca biarpun beberapa negara lain menggantung sementara penggunaannya.

Perkara itu dijelaskan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang akhbar hari ini.

Bagaimanapun, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan juga pada masa sama akan mengkaji isu berkaitan kesan vaksin itu seperti yang dilaporkan di beberapa negara.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, kerajaan sudah menerima makluman daripada AstraZeneca berkaitan kesan daripada suntikan vaksin itu.

“Setakat ini, tiada data menunjukkan kaitan langsung antara pemberian vaksin itu dengan isu masalah darah beku sehingga menyebabkan beberapa kematian di beberapa negara,” katanya.  – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI