fbpx

Lima lagi terbunuh dalam demonstrasi di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNJUK perasaan melarikan diri daripada terkena gas pemedih mata du Mandalay hari ini. - AFP

YANGON – Sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan antirampasan kuasa terbunuh di seluruh Myanmar hari ini ketika orang ramai kembali mengadakan bantahan di jalan-jalan raya selepas hari paling berdarah sejak tentera menumbangkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi.

Sekurang-kurangnya 44 penunjuk perasaan terbunuh semalam ketika pasukan keselamatan mematahkan demonstrasi prodemokrasi, menjadikan angkan kematian sejak kudeta pada 1 Februari lalu meningkat kepada lebih 120 orang, demikian menurut kumpulan pemantau Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP).

Mereka yang terbunuh hari ini ditembak mati di dua lokasi manakala beberapa saksi berkata, junta tentera menggunakan kekerasan membunuh terhadap penunjuk perasaan.

“Dua lelaki terbunuh akibat terkena tembakan dan enam yang lain cedera,” kata seorang saksi di rantau Magway sambil menambah, seorang yang maut itu ditembak di dada.

“Seorang lagi mangsa terkena tembakan di kepala,”ujarnya.

Myanmar bergolak sejak rampasan kuasa tentera dengan demonstrasi diadakan setiap hari bagi menuntut demokrasi dikembalikan walaupun junta tentera semakin keras dalam mematahkan penentangan.

Kebanyakan kematian semalam berpunca daripada pertempuran di kawasan kilang pakaian di Yangon di mana beberapa kilang milik China di bakar.

Kejadian itu mencetuskan bantahan keras Beijing hari ini yang menggesa supaya Myanmar mengelak insiden tersebut daripada berulang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI